2 Samuel 17:2-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Hamba akan menyerang baginda waktu baginda masih letih dan lemah semangat. Baginda akan ketakutan sehingga semua anak buahnya melarikan diri. Hanya Raja Daud yang akan hamba bunuh.

3. Semua anak buahnya akan hamba kembalikan kepada tuanku seperti pengantin perempuan kembali kepada suaminya. Bukankah tuanku hanya menginginkan nyawa satu orang? Orang lain tidak akan diapa-apakan.”

4. Nasihat itu dipandang baik oleh Absalom dan oleh semua pemimpin orang Israel.

5. Meskipun begitu Absalom berkata, “Panggillah Husai. Mari kita dengar pendapatnya.”

6. Ketika Husai datang menghadap, Absalom memberitahukan rancangan Ahitofel, lalu berkata, “Begitulah nasihat Ahitofel. Adakah kita hendak menurut nasihat itu? Jika tidak, berilah cadangan lain.”

7. Husai menjawab, “Nasihat Ahitofel kali ini tidak baik.

8. Tuanku tentu tahu bahawa Raja Daud dan anak buahnya itu pejuang yang gagah berani. Mereka seganas beruang betina yang kehilangan anaknya. Lagipun Raja Daud seorang askar berpengalaman, yang tidak pernah bermalam bersama-sama anak buahnya.

9. Mungkin pada saat ini pun baginda sedang bersembunyi di dalam sebuah gua atau di tempat lain. Sebaik saja anak buah tuanku diserang oleh Raja Daud, dan ada yang mati, maka sesiapa saja yang mendengar hal itu akan berkata bahawa anak buah tuanku sudah dikalahkan.

10. Akibatnya, orang yang paling berani dan gagah perkasa seperti singa pun tentu akan menjadi takut. Semua orang di Israel tahu bahawa ayahanda tuanku itu seorang pahlawan, dan bahawa anak buahnya itu pejuang-pejuang yang gagah berani.

2 Samuel 17