1. Tidak lama kemudian, Ahitofel berkata kepada Absalom, “Benarkanlah hamba memilih dua belas ribu orang. Pada malam ini hamba akan berangkat untuk mengejar Raja Daud.
2. Hamba akan menyerang baginda waktu baginda masih letih dan lemah semangat. Baginda akan ketakutan sehingga semua anak buahnya melarikan diri. Hanya Raja Daud yang akan hamba bunuh.
3. Semua anak buahnya akan hamba kembalikan kepada tuanku seperti pengantin perempuan kembali kepada suaminya. Bukankah tuanku hanya menginginkan nyawa satu orang? Orang lain tidak akan diapa-apakan.”
4. Nasihat itu dipandang baik oleh Absalom dan oleh semua pemimpin orang Israel.
5. Meskipun begitu Absalom berkata, “Panggillah Husai. Mari kita dengar pendapatnya.”
6. Ketika Husai datang menghadap, Absalom memberitahukan rancangan Ahitofel, lalu berkata, “Begitulah nasihat Ahitofel. Adakah kita hendak menurut nasihat itu? Jika tidak, berilah cadangan lain.”
28-29. Mereka membawa mangkuk, kuali tembikar, dan kain tidur untuk Raja Daud dan anak buahnya. Mereka juga membawa gandum, barli, tepung, bertih, kacang merah, kacang merah besar, madu, keju, krim, dan beberapa ekor domba. Mereka tahu bahawa Raja Daud dan anak buahnya lapar, haus, dan lelah kerana perjalanan di padang gurun.