2 Samuel 13:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Absalom, putera Raja Daud mempunyai seorang adik perempuan bernama Tamar yang cantik dan masih dara. Amnon, putera Raja Daud daripada isteri yang lain jatuh cinta kepada Tamar.

2. Amnon sangat mengingini Tamar sehingga Amnon jatuh sakit. Tetapi Amnon tidak dapat melakukan apa-apa kerana Tamar masih dara dan tidak boleh berjumpa dengan lelaki.

3. Tetapi Amnon mempunyai seorang sahabat yang sangat cerdik, namanya Yonadab anak Simea; Simea ialah abang Raja Daud.

2 Samuel 13