19. “Para pemimpin kita dibunuh di bukit-bukit Israel!Pahlawan-pahlawan kita sudah gugur!
20. Jangan sebarkan berita itu di Gat,ataupun di lorong-lorong Askelon,jangan sampai wanita Filistin bersukacita,atau wanita yang tidak mengenal Allah bergembira.
21. Biarlah hujan dan embun tidak turun di perbukitan Gilboa,biarlah ladang-ladangnya menjadi tandus,kerana perisai pahlawan terlantar di sana,perisai Raja Saul tidak lagi diminyaki.
22. Panah Yonatan ampuh, mematikan;pedang Raja Saul tidak mengenal kasihan,menikam askar yang gagah,dan membunuh musuh.
23. Raja Saul dan Yonatan, disukai dan dikasihi,tidak berpisah dalam hidup dan mati;mereka lebih tangkas daripada burung rajawali,dan lebih kuat daripada singa.