2 Samuel 1:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Selepas Raja Saul mangkat, Daud balik setelah mengalahkan orang Amalek. Daud tinggal di Ziklag selama dua hari.

2. Keesokan harinya, seorang pemuda tiba dari perkhemahan Raja Saul. Sebagai tanda berkabung, pemuda itu telah mengoyakkan pakaiannya dan menaruh tanah di atas kepalanya. Dia datang kepada Daud dan bersujud untuk menghormatinya.

3. Daud bertanya kepadanya, “Dari mana engkau datang?”Pemuda itu menjawab, “Saya baru lari dari perkhemahan orang Israel.”

2 Samuel 1