10. Oleh itu mereka meninggalkan perkhemahan orang Siria dan kembali ke Samaria. Mereka berseru kepada pengawal-pengawal di pintu kota, “Kami telah pergi ke perkhemahan orang Siria, tetapi kami tidak nampak atau dengar sesiapa pun. Kuda dan keldai mereka masih terikat pada tempatnya, dan perkhemahan itu ditinggalkan begitu sahaja.”
11. Para pengawal mengumumkan berita itu, sehingga orang menyampaikannya ke istana.
12. Hari masih malam, namun raja bangun dan bertitah kepada para pegawainya, “Biarlah beta terangkan kepada kamu apa maksud orang Siria itu! Mereka tahu kita sedang kelaparan. Oleh itu mereka meninggalkan perkhemahan dan bersembunyi di padang. Mereka berharap kita akan keluar mencari makanan, lalu mereka akan menangkap kita hidup-hidup dan merampas kota kita.”