1. Pada tahun kelapan belas pemerintahan Raja Yosafat di Yehuda, Raja Yoram putera Raja Ahab menjadi raja Israel. Raja Yoram memerintah di Samaria selama dua belas tahun.
2. Raja Yoram berdosa terhadap TUHAN, tetapi baginda tidak sejahat Raja Ahab, ayahandanya atau Izebel, bondanya. Raja Yoram merobohkan patung berhala yang dibina oleh ayahandanya untuk menyembah Baal.
3. Namun, seperti Raja Yerobeam anak Nebat dahulu, Raja Yoram juga menyebabkan Israel berdosa dan baginda tidak mahu bertaubat.