1. Pada masa pemerintahan Raja Yoyakim, Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Yehuda. Selama tiga tahun Raja Yoyakim terpaksa tunduk kepada Raja Nebukadnezar, tetapi kemudian Raja Yoyakim memberontak.
2. TUHAN mengirim gerombolan bersenjata dari Babilonia, Siria, Moab, dan Amon untuk menentang Raja Yoyakim serta memusnahkan Yehuda. Hal itulah yang telah difirmankan TUHAN melalui para nabi-Nya.
3. Kejadian ini berlaku atas perintah TUHAN, untuk membuang penduduk Yehuda dari negeri yang diberikan-Nya kepada mereka, kerana segala dosa Raja Manasye,