1. Masanya tiba bagi TUHAN untuk mengangkat Elia ke syurga dengan angin puting beliung. Pada masa itu Elia dan Elisa telah berangkat dari Gilgal.
2. Di tengah jalan Elia berkata kepada Elisa, “Tinggallah di sini; TUHAN telah memerintah aku pergi ke Betel.”Tetapi Elisa menjawab, “Saya bersumpah demi kesetiaan saya kepada TUHAN yang hidup dan kepada tuan bahawa saya tidak akan meninggalkan tuan.” Oleh itu mereka berdua pergi ke Betel.