2 Raja-Raja 19:4-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Raja Asyur telah mengutus pegawai tertingginya untuk menghina Allah yang hidup. Semoga TUHAN, Allahmu mendengar hinaan itu dan menghukum mereka yang mengucapkannya. Oleh itu berdoalah kepada Allah untuk rakyat kita yang masih hidup.”

5. Apabila Yesaya menerima berita daripada Raja Hizkia,

6. dia memberikan jawapan ini, “TUHAN berfirman bahawa tuanku tidak usah takut terhadap orang Asyur yang mengatakan TUHAN tidak dapat menyelamatkan tuanku.

7. TUHAN akan menyebabkan raja Asyur mendengar suatu khabar angin sehingga baginda lari pulang ke negerinya sendiri. TUHAN akan membiarkan baginda dibunuh di sana.”

8. Pegawai Asyur itu mendengar bahawa raja Asyur telah meninggalkan Lakhis dan sedang berperang menentang Libna, sebuah kota yang berdekatan. Maka dia pergi ke sana untuk meminta nasihat.

9. Pada masa itu Raja Asyur mendengar berita bahawa tentera Mesir yang dipimpin oleh Raja Tirhaka dari Etiopia datang untuk menyerang mereka. Apabila raja Asyur mendengar berita itu, baginda mengirim sepucuk surat kepada Raja Hizkia di Yehuda.

10. Demikianlah bunyi surat itu, “Allah yang raja percayai itu berjanji bahawa raja tidak akan jatuh ke dalam tangan beta, tetapi jangan ditipu oleh janji itu.

2 Raja-Raja 19