2 Raja-Raja 18:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Hosea anak Ela sebagai raja Israel, Hizkia, putera Raja Ahas menjadi raja di Yehuda.

2. Pada masa itu Raja Hizkia berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya bernama Abia anak Zakharia.

3. Raja Hizkia mengikut teladan nenek moyangnya Raja Daud, kerana baginda melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN.

2 Raja-Raja 18