2 Raja-Raja 13:23-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

23. Tetapi TUHAN baik hati kepada orang Israel dan Dia berbelas kasihan kepada mereka. Dia tidak membiarkan orang Israel dibinasakan. Dia menolong mereka kerana perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. TUHAN tidak pernah melupakan umat-Nya.

24. Apabila Raja Hazael dari Siria mangkat, Benhadad, puteranya menjadi raja.

25. Pada masa itu Raja Yehoas dari Israel, mengalahkan Raja Benhadad tiga kali. Raja Yehoas merampas semula kota-kota yang telah ditawan oleh Raja Benhadad pada masa pemerintahan Raja Yehoahas, ayahanda Raja Yehoas.

2 Raja-Raja 13