2 Raja-Raja 11:19-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. lalu Yoyada sendiri, para pegawainya, pengawal diraja, dan pengawal istana, mengawal raja dari Rumah TUHAN ke istana, sambil diiringi oleh seluruh rakyat. Raja Yoas masuk ke istana melalui Pintu Pengawal lalu bersemayam di atas takhta.

20. Semua orang bersukacita dan kota pun menjadi tenang kerana Atalya sudah dibunuh di istana.

21. Raja Yoas berusia tujuh tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda.

2 Raja-Raja 11