1. Tujuh puluh orang keturunan Raja Ahab tinggal di kota Samaria. Kemudian Raja Yehu menulis sepucuk surat dan mengirim salinannya kepada para penguasa kota itu, para pemimpin rakyat, dan wali-wali kepada keturunan Raja Ahab. Demikian kandungan surat itu:
2. “Kamu wali kepada keturunan raja, dan kamu mempunyai semua kereta kuda, kuda, senjata, serta kota-kota yang berkubu. Oleh itu, sebaik sahaja kamu menerima surat ini,
3. pilihlah yang paling layak di kalangan keturunan raja, dan lantiklah dia menjadi raja, lalu berjuanglah membela dia.”