Beta juga tahu bahawa para penguasa negara-negara jiran selalu memperhatikan keadaan dan menunggu kesempatan. Oleh itu beta telah melantik Antiokhus, putera beta menjadi pengganti beta sebagai raja. Seringkali beta telah mempercayakan dia kepada kamu apabila beta pergi ke wilayah-wilayah di sebelah timur Sungai Efrat. Beta juga menulis kepadanya apa yang beta tulis di sini.