Pada suatu ketika yang lain, Filipus diberitahu bahawa beberapa orang Yahudi dengan sembunyi-sembunyi berkumpul di gua-gua tidak jauh dari situ untuk merayakan hari Sabat. Filipus menyerang dan membakar mereka hidup-hidup. Mereka tidak mahu membela diri kerana menghormati hari Sabat.