Yason orang jahat itu mengirim beberapa orang utusan dari Yerusalem, yang terdaftar sebagai penduduk Antiokhia. Yason menyuruh mereka membawa 2.5 kilogram perak untuk perbelanjaan korban kepada Dewa Herakles. Tetapi utusan-utusan itu sendiri menganggap bahawa tidaklah patut menggunakan wang itu untuk korban.