Simon memberitahu Apolonius bahawa perbendaharaan Rumah Tuhan di Yerusalem berisi harta yang berlimpah-limpah sehingga tidak dapat dihitung. Dikatakannya juga bahawa wang itu tidak digunakan untuk perbelanjaan korban, maka dicadangkannya harta itu diletakkan di bawah kekuasaan raja.