Imam Agung menerangkan bahawa apa yang dikatakan oleh Simon si penjahat itu, tidaklah benar. Memang ada wang dalam perbendaharaan Rumah Tuhan, tetapi sebahagian wang itu disisihkan untuk para janda dan yatim piatu, dan sebahagian lagi kepunyaan Hirkanus anak Tobias, seorang terkemuka. Dia juga menegaskan bahawa jumlah seluruhnya hanya 14,000 kilogram perak dan 7,000 kilogram emas.