8. Pada waktu itu Dia akan menunjukkan tempat benda-benda itu disembunyikan. Cahaya hadirat Tuhan akan kelihatan di awan yang turun seperti yang berlaku pada zaman Musa, dan kemudian pada masa Salomo berdoa supaya Rumah Allah ditahbiskan dengan kemuliaan kepada Tuhan.’
9. Kami juga diberitahu bagaimana Raja Salomo yang bijaksana mempersembahkan korban ketika Rumah Tuhan selesai dibina dan ditahbiskan kepada Allah.
10. Pada waktu raja sedang berdoa, turunlah api dari syurga dan membakar korban-korban, seperti yang terjadi dahulu, ketika Musa sedang berdoa.
11. Menurut Musa, korban untuk mengampunkan dosa itu habis dimakan api kerana tidak dimakan oleh manusia.
12. Raja Salomo merayakan pesta itu selama lapan hari.
13. Peristiwa-peristiwa itu diceritakan juga dalam piagam rasmi dan dalam kitab riwayat hidup Nehemia, bahawa dia menyusun sebuah perpustakaan dengan mengumpulkan berbagai-bagai kitab tentang para raja dan para nabi, karangan-karangan Raja Daud dan surat para raja tentang korban-korban.
14. Demikian juga Yudas telah mengumpulkan semua kitab yang tercerai-cerai kerana peperangan. Semua kitab itu masih ada pada kami.
15. Kalau kamu memerlukannya, utuslah orang untuk mengambilnya.
16. Oleh sebab kami bermaksud merayakan Perayaan Pentahbisan Semula Rumah Allah, kami menulis surat ini supaya kamu juga merayakan perayaan itu.
17. “Allah telah menyelamatkan seluruh bangsa-Nya dan mengembalikan tanah pusaka kita, kerajaan, keimaman dan ibadat di dalam Rumah-Nya kepada kita,