2 Makabe 2:26-32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

26. Membuat ringkasan seperti ini merupakan tugas sulit yang menuntut kerja keras dan mengurangkan tidur.

27. Pekerjaan ini sama sulitnya dengan menyiapkan suatu perjamuan yang dapat memuaskan tetamu-tetamu. Walaupun begitu, saya rela bersusah payah untuk kemudahan pembaca-pembaca.

28. Tentang penelitian terhadap setiap peristiwa, saya serahkan kepada pengarang asal. Saya sendiri berusaha untuk hanya menumpukan butir-butir terpenting sahaja dalam ringkasan saya.

29. Saya bukan arkitek yang membuat rumah baru dan harus memperhatikan perincian butir-butir pembinaan. Saya hanya seperti tukang ukir dan tukang lukis yang harus mencari apa yang sesuai untuk memperindah rumah itu.

30. Seorang ahli sejarah harus mempelajari dan menyelidiki semua peristiwa, lalu menghuraikannya secara terperinci.

31. Tetapi orang yang hanya membuat ringkasan, harus dibenarkan menyajikan bahan yang ringkas tanpa huraian terperinci.

32. Maka saya bermula sekarang, tanpa memberi ulasan yang lain. Tidak betul untuk memperpanjang pendahuluan, dan mempersingkat kisahnya sendiri.

2 Makabe 2