2 Makabe 2:22-27 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

22. Mereka merebut kembali Rumah Tuhan yang termasyhur di seluruh dunia dan membebaskan kota Yerusalem. Mereka juga memulihkan hukum-hukum yang hampir terhapus. Semua itu dapat dilakukan mereka kerana Tuhan baik hati dan mengasihani mereka.

23. Sekarang saya akan mencuba meringkaskan kitab Yason yang terdiri daripada lima jilid itu menjadi satu jilid.

24. Bahan-bahan dan angka-angka yang banyak dan terperinci mungkin menyulitkan orang yang ingin mempelajari kisah-kisah sejarah.

25. Tetapi saya sudah berusaha untuk menyajikan hal-hal yang menarik bagi orang yang suka membaca; hal-hal yang mudah bagi orang yang suka menghafal, dan yang berfaedah bagi semua orang yang mungkin membaca buku ini.

26. Membuat ringkasan seperti ini merupakan tugas sulit yang menuntut kerja keras dan mengurangkan tidur.

27. Pekerjaan ini sama sulitnya dengan menyiapkan suatu perjamuan yang dapat memuaskan tetamu-tetamu. Walaupun begitu, saya rela bersusah payah untuk kemudahan pembaca-pembaca.

2 Makabe 2