14. Demikian juga Yudas telah mengumpulkan semua kitab yang tercerai-cerai kerana peperangan. Semua kitab itu masih ada pada kami.
15. Kalau kamu memerlukannya, utuslah orang untuk mengambilnya.
16. Oleh sebab kami bermaksud merayakan Perayaan Pentahbisan Semula Rumah Allah, kami menulis surat ini supaya kamu juga merayakan perayaan itu.
17. “Allah telah menyelamatkan seluruh bangsa-Nya dan mengembalikan tanah pusaka kita, kerajaan, keimaman dan ibadat di dalam Rumah-Nya kepada kita,
18. seperti yang dijanjikan-Nya di dalam Taurat-Nya. Dia telah membebaskan kita daripada banyak malapetaka dan telah menyucikan Rumah-Nya. Kami yakin Allah akan segera menunjukkan belas kasihan-Nya terhadap kita dan membawa kita sekalian dari segala penjuru bumi untuk berkumpul di Rumah-Nya.”
19. Dalam kitab yang terdiri daripada lima jilid, Yason dari Kirene telah mencatat kisah-kisah Yudas Makabe dan saudara-saudaranya, penyucian Rumah Allah yang agung, serta pentahbisan mazbah-Nya, dan
20. juga tentang peperangan melawan Antiokhus Epifanes dan Eupator puteranya.
21. Dia juga mengisahkan penglihatan-penglihatan dari syurga yang dilihat oleh beberapa orang termasyhur yang berjuang untuk kepentingan umat Yahudi. Tentera kita hanya sedikit jumlahnya, tetapi mereka berhasil merebut kembali seluruh negeri kita dan mengusir pasukan-pasukan asing.
22. Mereka merebut kembali Rumah Tuhan yang termasyhur di seluruh dunia dan membebaskan kota Yerusalem. Mereka juga memulihkan hukum-hukum yang hampir terhapus. Semua itu dapat dilakukan mereka kerana Tuhan baik hati dan mengasihani mereka.