2 Makabe 2:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Dalam piagam, kami menemukan catatan bahawa Nabi Yeremialah yang menyuruh orang yang diangkut ke pembuangan untuk menyembunyikan sedikit api dari mazbah, seperti yang kami tulis di atas.

2. Nabi itu juga yang mengajarkan Taurat Tuhan kepada orang buangan dan menasihati mereka supaya jangan melupakan perintah-perintah itu, dan jangan tersesat apabila melihat patung-patung berhala emas dan perak dengan segala perhiasannya.

3. Dia berpesan dengan kata-kata yang serupa supaya mereka jangan sekali-kali meninggalkan Taurat.

4. Dalam piagam itu dicatatkan juga hal berikut tentang Yeremia: Dengan ilham Tuhan, nabi itu menyuruh supaya Khemah Tuhan dan Tabut Perjanjian dibawa bersama dengan dia ke sebuah gunung. Gunung itulah yang didaki Musa untuk memandang negeri yang dijanjikan Allah kepada bangsa kita.

5. Ketika Yeremia mendaki gunung itu, didapatinya sebuah gua yang besar. Di situ disembunyikannya Khemah Tuhan, Tabut Perjanjian, dan mazbah untuk kemenyan. Kemudian tempat masuk ke gua itu ditutupnya rapat-rapat.

2 Makabe 2