Oleh sebab itu Yudas menasihati anak buahnya supaya jangan takut terhadap serangan musuh. Dia mengajak mereka untuk mengingati pertolongan Allah Yang Maha Kuasa pada masa yang lampau, dan untuk tetap yakin bahawa kali ini pun Dia akan memberi mereka kemenangan.