Ada seorang bernama Alkimus yang dahulu menjadi Imam Agung, tetapi dalam masa pergolakan dia dengan sukarela beralih kepada cara hidup orang Yunani. Dia menyedari bahawa tidak ada lagi kesempatan baginya untuk menjadi Imam Agung, dan juga bahawa kehidupannya sama sekali tidak aman.