2 Makabe 12:32-37 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

32. Sesudah Perayaan Menuai, yang dalam bahasa Yunani disebut sebagai Perayaan Pentakosta, Yudas dan anak buahnya menyerang Gorgias, panglima Idumea.

33. Gorgias menghadapi mereka dengan 3,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan 400 orang pasukan tentera berkuda.

34. Dalam pertempuran itu beberapa orang Yahudi gugur.

35. Dositeus, askar berkuda yang gagah berani, anak buah Bakenor, menangkap Gorgias pada baju labuhnya, lalu menyeret dia dengan sekuat tenaga supaya dapat menangkap orang jahat itu hidup-hidup. Tetapi tiba-tiba seorang daripada pasukan berkuda Trakia menyerbu Dositeus dan memotong lengannya sehingga putus; maka Gorgias dapat melarikan diri ke kota Marisa.

36. Sementara itu orang Yahudi anak buah Esdris sudah terlalu lama bertempur, dan mereka keletihan. Maka berdoalah Yudas supaya Tuhan menunjukkan bahawa Dia berpihak pada mereka dan memimpin barisan mereka.

37. Kemudian apabila Yudas menyanyikan lagu-lagu pujian dalam bahasanya sendiri sebagai semboyan untuk bertempur, orang Yahudi dengan tiba-tiba menyerang pasukan Gorgias sehingga mereka melarikan diri.

2 Makabe 12