24. Beta mengerti bahawa orang Yahudi tidak mahu beralih kepada cara hidup orang Yunani seperti yang dikehendaki ayahanda beta. Mereka minta supaya diizinkan mengikuti adat istiadat mereka sendiri kerana mereka lebih suka cara hidup itu.
25. Beta menghendaki supaya bangsa itu bebas daripada gangguan. Maka beta memutuskan bahawa Rumah Allah dikembalikan kepada mereka dan bahawa mereka diizinkan hidup menurut adat istiadat nenek moyang mereka.
26. Sila kirimkan utusan kepada mereka dan berdamailah dengan mereka, supaya mereka mengetahui pendirian beta dan menjadi tenang, serta menguruskan hal-hal mereka sendiri dengan senang hati.”
27. Beginilah bunyi surat raja kepada bangsa Yahudi:“Daripada Raja Antiokhus kepada para pemimpin bangsa Yahudi dan seluruh rakyat Yahudi, salam!
28. Beta berharap kamu sekalian sihat walafiat. Beta sendiri dalam keadaan sihat.
29. Menelaus memberitahu beta bahawa kamu ingin pulang dan menguruskan hal-hal kamu.
30. Maka mereka yang pulang sebelum tarikh tiga puluh bulan Ksantikus, mendapat izin dan restu beta.
31. Kamu boleh mengikuti peraturan-peraturan sendiri tentang makanan dan hukum-hukum lainnya seperti dahulu. Tidak seorang pun akan dihukum kerana kesalahan yang tidak disengaja.
32. Beta mengirim Menelaus untuk menenteramkan fikiran kamu.
33. Selamat sejahtera! Tarikh lima belas bulan Ksantikus tahun 148.”
34. Orang Roma pun mengirim surat kepada orang Yahudi. Beginilah bunyi surat itu:“Daripada Kwintus Memius dan Titus Manius, utusan-utusan orang Roma, kepada rakyat Yahudi, salam!
35. Kami juga bersetuju dengan apa yang disetujui Lisias, kerabat raja untuk saudara-saudara.
36. Sekarang kami dalam perjalanan ke kota Antiokhia. Kami ingin mengusahakan kepentingan saudara-saudara di hadapan raja. Maka pertimbangkanlah perkara-perkara yang dikemukakan oleh Lisias kepada raja, dan kirimlah utusan dengan secepat mungkin