2 Makabe 11:19-32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Jika saudara sekalian tetap setia kepada pemerintah, saya akan mengusahakan segala sesuatu yang baik bagi saudara-saudara pada masa akan datang.

20. Saya sudah menugaskan wakil-wakil saya dan wakil-wakil saudara-saudara untuk merundingkan hal-hal ini secara terperinci dengan saudara semua.

21. Selamat sejahtera! Ditulis pada tarikh dua puluh empat bulan Zeus Korintius tahun 148.”

22. Beginilah bunyi surat raja kepada Lisias:“Daripada Raja Antiokhus kepada Yang Mulia Lisias, salam!

23. Ayahanda beta sudah pun pulang ke tempat dewa-dewa, dan beta menginginkan supaya semua warga kerajaan dapat meneruskan hal-hal mereka tanpa gangguan.

24. Beta mengerti bahawa orang Yahudi tidak mahu beralih kepada cara hidup orang Yunani seperti yang dikehendaki ayahanda beta. Mereka minta supaya diizinkan mengikuti adat istiadat mereka sendiri kerana mereka lebih suka cara hidup itu.

25. Beta menghendaki supaya bangsa itu bebas daripada gangguan. Maka beta memutuskan bahawa Rumah Allah dikembalikan kepada mereka dan bahawa mereka diizinkan hidup menurut adat istiadat nenek moyang mereka.

26. Sila kirimkan utusan kepada mereka dan berdamailah dengan mereka, supaya mereka mengetahui pendirian beta dan menjadi tenang, serta menguruskan hal-hal mereka sendiri dengan senang hati.”

27. Beginilah bunyi surat raja kepada bangsa Yahudi:“Daripada Raja Antiokhus kepada para pemimpin bangsa Yahudi dan seluruh rakyat Yahudi, salam!

28. Beta berharap kamu sekalian sihat walafiat. Beta sendiri dalam keadaan sihat.

29. Menelaus memberitahu beta bahawa kamu ingin pulang dan menguruskan hal-hal kamu.

30. Maka mereka yang pulang sebelum tarikh tiga puluh bulan Ksantikus, mendapat izin dan restu beta.

31. Kamu boleh mengikuti peraturan-peraturan sendiri tentang makanan dan hukum-hukum lainnya seperti dahulu. Tidak seorang pun akan dihukum kerana kesalahan yang tidak disengaja.

32. Beta mengirim Menelaus untuk menenteramkan fikiran kamu.

2 Makabe 11