Akibatnya dia diadukan kepada Raja Eupator oleh beberapa orang sahabat raja. Setiap kali dia mendengar dirinya disebut sebagai pengkhianat, kerana telah meninggalkan pulau Siprus yang dipercayakan kepadanya oleh Raja Filometor, raja Mesir, dan memihak kepada Raja Antiokhus Epifanes. Akhirnya dia tidak dapat lagi memegang jawatannya dengan cara yang terhormat, maka dia membunuh diri dengan minum racun.