1. “Daripada orang Yahudi di Yerusalem dan Yudea kepada saudara-saudara mereka di Mesir, salam!
2. Semoga Allah bermurah hati kepada kamu dan memenuhi perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak dan Yakub, hamba-hamba-Nya yang setia.
3. Semoga kamu diberi hasrat untuk menyembah Dia dan melakukan kehendak-Nya dengan segenap hati.
4. Semoga Dia menerangi budi kamu untuk memahami Taurat dan perintah-perintah-Nya. Semoga Dia memberi damai dan kesejahteraan kepada kamu,
5. mengabulkan doa-doa kamu, mengampunkan dosa-dosa kamu dan tidak meninggalkan kamu pada waktu kesusahan.
6. Kami di sini sedang mendoakan kamu.
7. Dalam tahun 169, ketika Raja Demetrius yang Kedua memerintah di Siria, kami menulis kepada kamu tentang penganiayaan dan kesukaran-kesukaran yang menimpa kami selama tahun-tahun yang lampau itu. Waktu itu Yason dan pengikut-pengikutnya mengkhianati dan memberontak terhadap pemerintahan di Tanah Suci.
8. Pintu-pintu Rumah Tuhan dibakar dan orang yang tidak bersalah dibunuh. Lalu kami berdoa kepada Tuhan dan Dia menjawab doa-doa kami. Kami mempersembahkan korban binatang dan korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan, menyalakan lampu-lampu di Rumah Tuhan dan menyajikan roti sajian.
9. Oleh sebab itu hendaklah kamu merayakan suatu perayaan yang sama dengan Perayaan Pondok Daun dalam bulan Kislew.” Ditulis dalam tahun 188.
10. “Daripada orang Yahudi di Yerusalem dan Yudea, Majlis Tua-Tua serta Yudas, kepada semua orang Yahudi di Mesir, terutamanya kepada Aristobulus keturunan para imam yang diurapi dan guru kepada Raja Ptolemeus, salam!
11. Kami sangat bersyukur kepada Allah, kerana Dia telah menyelamatkan kami daripada bahaya yang besar dengan menolong kami melawan raja.