2 Korintus 4:1-2 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Kami tahu bahawa kerana belas kasihan Allah, Dia sudah mengurniai kami tugas ini. Oleh itu kami tidak patah semangat.

2. Kami tidak menggunakan cara gelap yang memalukan; kami tidak berusaha untuk menipu orang ataupun memutarbalikkan firman Allah. Allah saksi kami bahawa kami mengisytiharkan ajaran benar daripada Berita Baik secara terang-terang. Dengan perbuatan itu, kami berharap semua orang akan menilai kami dengan baik dalam hati mereka.

2 Korintus 4