16. Tetapi selubung itu dapat ditanggalkan, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Musa menanggalkan selubung muka, pada masa dia menghadap Tuhan.”
17. Tuhan yang dimaksudkan di sini ialah Roh. Sesiapa mempunyai Roh Tuhan, orang itu bebas.
18. Sekarang muka kita tidak berselubung dan kita memantulkan kemuliaan Tuhan. Kemuliaan itu berasal daripada Tuhan, dan Tuhan itu Roh yang mengubah kita semua. Kita semakin menjadi seperti Dia dan semakin memiliki kemuliaan-Nya.