2 Korintus 11:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Benarkanlah aku bersikap agak bodoh sedikit. Boleh, bukan?

2. Aku mengambil berat tentang kamu, seperti Allah pun mengambil berat tentang kamu. Kamu seperti anak dara yang suci yang sudah aku janjikan untuk dikahwinkan dengan seorang sahaja, iaitu Kristus.

3. Aku khuatir fikiran kamu akan dirosakkan sehingga kamu tidak lagi setia kepada Kristus. Hal itu berlaku kepada Hawa yang ditipu oleh kelicikan ular.

2 Korintus 11