2 Korintus 10:7-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

7. Kamu melihat hal-hal secara zahir sahaja. Jika sesiapa mengaku dirinya milik Kristus, hendaklah dia berfikir lagi dan sedar bahawa kami juga milik Kristus seperti dia.

8. Aku tidak malu walaupun aku terlalu membanggakan kekuasaan yang sudah diberikan oleh Tuhan kepada kami, kerana kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukannya untuk meruntuhkan kamu.

9. Aku tidak mahu kamu berfikir bahawa aku menakutkan kamu dengan surat-suratku.

10. Ada yang berkata, “Surat-surat Paulus itu keras dan tegas, tetapi apabila dia bersama-sama kita, dia lemah perangainya dan kata-katanya tidak bererti apa-apa!”

11. Biarlah orang seperti itu sedar bahawa apabila kami bersama-sama kamu, kami akan bertindak seperti apa yang kami tulis dalam surat-surat kami.

12. Memang kami tidak berani menyamakan atau membandingkan diri dengan orang yang memuji diri mereka sendiri. Alangkah bodohnya mereka! Mereka membuat penilaian sendiri, dan menilai diri mereka dengan penilaian itu.

2 Korintus 10