2 Korintus 10:5-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.

6. Setelah kamu membuktikan kesetiaan kamu, kami siap menghukum sesiapa pun yang tidak setia.

7. Kamu melihat hal-hal secara zahir sahaja. Jika sesiapa mengaku dirinya milik Kristus, hendaklah dia berfikir lagi dan sedar bahawa kami juga milik Kristus seperti dia.

8. Aku tidak malu walaupun aku terlalu membanggakan kekuasaan yang sudah diberikan oleh Tuhan kepada kami, kerana kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukannya untuk meruntuhkan kamu.

2 Korintus 10