1. Akhirnya kerinduan kami tidak tertahan lagi. Oleh itu kami membuat keputusan untuk tinggal sendirian di Atena,
2. sementara kami mengutus Timotius, saudara kita. Dia hamba Allah yang bekerja bersama-sama kami untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang Kristus. Kami mengutus dia untuk menggalakkan kamu dan meneguhkan kepercayaan kamu kepada Kristus.
3. Dengan demikian tidak seorang pun daripada kamu meninggalkan Kristus kerana penganiayaan itu. Kamu sendiri tahu bahawa penganiayaan itu sebahagian daripada kehendak Allah bagi kita.