4-6. Keseluruhannya ada 690 keluarga daripada suku Yehuda yang tinggal di Yerusalem, termasuk keturunan anak-anak Yehuda yang bernama Peres, Syela, dan Zerah.Keturunan Peres dipimpin oleh Utai. Jurai keturunan Utai yang disusur sampai ke pangkal ialah Utai, Amihud, Omri, Imri, dan Bani.Keturunan Syela dipimpin oleh Asaya. Dia ketua keluarga.Keturunan Zerah dipimpin oleh Yeuel.
32. Orang daripada puak Kehat bertanggungjawab untuk menyediakan roti sajian pada setiap hari Sabat.
33. Beberapa keluarga daripada orang Lewi bertugas sebagai penyanyi di Rumah TUHAN. Ketua-ketua keluarga mereka tinggal di beberapa buah bangunan di Rumah TUHAN. Mereka tidak diberikan tugas lain kerana mereka bertugas pada siang dan malam hari.
34. Semua orang yang disebut di atas ialah ketua-ketua keluarga Lewi menurut jurai keturunan mereka. Mereka juga pemimpin-pemimpin yang tinggal di Yerusalem.
35. Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha.
36. Anak sulung Yeiel bernama Abdon, dan anak-anak lelakinya yang lain ialah Zur, Kis, Baal, Ner, Nadab,
37. Gedor, Ahyo, Zakharia, dan Miklot,
38. bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga-keluarga lain daripada sesama puak.
39. Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab dan Esybaal.
40. Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, bapa Mikha.
41. Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.
42. Anak Ahas bernama Yaera, yang mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri: Moza,