4-6. Keseluruhannya ada 690 keluarga daripada suku Yehuda yang tinggal di Yerusalem, termasuk keturunan anak-anak Yehuda yang bernama Peres, Syela, dan Zerah.Keturunan Peres dipimpin oleh Utai. Jurai keturunan Utai yang disusur sampai ke pangkal ialah Utai, Amihud, Omri, Imri, dan Bani.Keturunan Syela dipimpin oleh Asaya. Dia ketua keluarga.Keturunan Zerah dipimpin oleh Yeuel.
26. Keempat-empat ketua pengawal itu orang Lewi, dan mereka bertugas secara tetap. Mereka bertanggungjawab mengurus bilik-bilik di Rumah TUHAN dan barang-barang yang disimpan di situ.
27. Mereka tinggal dekat Rumah TUHAN, kerana mereka harus mengawal Rumah TUHAN dan membuka pintu-pintunya tiap-tiap pagi.
28. Orang Lewi yang lain bertanggungjawab mengurus perkakas yang dipakai untuk ibadat. Mereka menghitung perkakas itu apabila dikeluarkan dan disimpan semula.
29. Orang Lewi yang lain pula bertanggungjawab mengurus perabot-perabot ibadat dan juga tepung, air anggur, minyak zaitun, kemenyan serta rempah-rempah.
30. Tetapi yang bertanggungjawab untuk mencampurkan rempah-rempah itu ialah para imam.
31. Orang yang bertanggungjawab membuat kuih tipis ialah seorang Lewi bernama Matica, anak sulung Salum daripada puak Korah.
32. Orang daripada puak Kehat bertanggungjawab untuk menyediakan roti sajian pada setiap hari Sabat.
33. Beberapa keluarga daripada orang Lewi bertugas sebagai penyanyi di Rumah TUHAN. Ketua-ketua keluarga mereka tinggal di beberapa buah bangunan di Rumah TUHAN. Mereka tidak diberikan tugas lain kerana mereka bertugas pada siang dan malam hari.
34. Semua orang yang disebut di atas ialah ketua-ketua keluarga Lewi menurut jurai keturunan mereka. Mereka juga pemimpin-pemimpin yang tinggal di Yerusalem.
35. Yeiel membina kota Gibeon lalu tinggal di situ. Isterinya bernama Maakha.
36. Anak sulung Yeiel bernama Abdon, dan anak-anak lelakinya yang lain ialah Zur, Kis, Baal, Ner, Nadab,
37. Gedor, Ahyo, Zakharia, dan Miklot,
38. bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga-keluarga lain daripada sesama puak.
39. Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab dan Esybaal.
40. Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, bapa Mikha.
41. Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.
42. Anak Ahas bernama Yaera, yang mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri: Moza,
43. Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.