2. Antara mereka yang mula-mula kembali ke tanah milik mereka di kota-kota ialah orang awam, para imam, orang Lewi, dan para pekerja Rumah TUHAN.
3. Sebahagian daripada suku Yehuda, Benyamin, Efraim, dan Manasye kembali dan tinggal di Yerusalem.
13. Para imam yang menjadi ketua keluarga berjumlah 1,760 orang. Mereka mahir melakukan segala jenis pekerjaan di Rumah TUHAN.
17. Para pengawal Rumah TUHAN yang tinggal di Yerusalem bersama dengan sanak saudara mereka ialah Salum, Akub, Talmon, dan Ahiman. Salum ialah ketua pengawal.
18. Sampai hari ini, orang daripada puak mereka ditugaskan untuk mengawal Pintu Gerbang Raja di sebelah timur. Sebelum itu mereka mengawal pintu-pintu gerbang yang menuju ke perkhemahan orang Lewi.
19. Salum anak Kore, cucu Ebyasaf, bersama-sama beberapa orang lain daripada puak Korah, iaitu puaknya, ditugaskan untuk mengawal pintu masuk ke Khemah TUHAN. Dahulu nenek moyang mereka pun melakukan tugas itu ketika mereka bekerja di perkhemahan TUHAN.
20. Pinehas anak lelaki Eleazar pernah mengetuai mereka. Semoga TUHAN menyertai dia!
21. Zakharia anak Meselemya juga pengawal pintu ke Khemah TUHAN.