1 Tawarikh 8:33-40 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

33. Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab, dan Esybaal.

34. Yonatan mempunyai anak lelaki bernama Meribaal, iaitu bapa Mikha.

35. Mikha mempunyai empat orang anak lelaki: Piton, Melekh, Tarea, dan Ahas.

36. Anak Ahas bernama Yoada. Yoada mempunyai tiga orang anak lelaki: Alemet, Azmawet, dan Zimri. Inilah jurai keturunan Zimri:

37. Moza, Bina, Rafa, Elasa, dan Azel.

38. Azel mempunyai enam orang anak lelaki: Azrikam, Bokhru, Ismael, Searya, Obaja, dan Hanan.

39. Esek, saudara lelaki Azel mempunyai tiga orang anak lelaki: Ulam yang sulung, lalu Yeus, dan Elifelet.

40. Anak-anak Ulam ialah askar perkasa dan pemanah mahir. Anak cucunya yang lelaki berjumlah 150 orang.Mereka semua anggota suku Benyamin.

1 Tawarikh 8