18. Saudara perempuan Gilead yang bernama Molekhet mempunyai tiga orang anak lelaki: Isyhod, Abiezer, dan Mahla.
19. Semida mempunyai empat orang anak lelaki: Ahyan, Sikhem, Likhi, dan Aniam.
20-21. Efraim mempunyai tiga orang anak: Sutelah, Ezer, dan Elad. Inilah jurai keturunan Efraim: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, dan Sutelah. Ezer dan Elad dibunuh ketika hendak mencuri binatang ternakan penduduk asli Gat.
22. Bapa mereka berkabung berhari-hari lamanya dan saudara-saudaranya datang untuk menghibur dia.
23. Kemudian Efraim mengadakan hubungan jenis dengan isterinya lagi, lalu isterinya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Efraim menamakan anak itu Beria kerana malapetaka yang telah dialami mereka.
24. Efraim mempunyai seorang anak perempuan bernama Seera. Dialah yang membina kota Bet-Horon Hulu dan Bet-Horon Hilir, dan juga kota Uzen-Seera.
25. Efraim juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Refah. Inilah jurai keturunan Refah: Resef, Telah, Tahan,
26. Ladan, Amihud, Elisama,
27. Nun, Yosua.
28. Wilayah yang dimiliki dan dijadikan tempat tinggal mereka termasuk Betel dan pekan-pekan di sekitarnya, sampai sejauh Naaran di sebelah timur, dan Gezer di sebelah barat, serta pekan-pekan di sekitar kota-kota itu. Kota Sikhem dan Aya, serta pekan-pekan di sekitar kota termasuk wilayah itu.
29. Keturunan Manasye menguasai kota Bet-Sean, Taanakh, Megido, dan Dor serta pekan-pekan di sekitar kota.Semua kawasan itu adalah tempat tinggal keturunan Yusuf anak Yakub.
30. Asyer mempunyai empat orang anak lelaki: Yimna, Yiswa, Yiswi, dan Beria; dan juga seorang anak perempuan bernama Serah.