5. Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara.
6. Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari.
7. Asyhur dan Hela mempunyai tiga orang anak lelaki: Zeret, Yezohar, dan Etnan.
8. Kos ialah bapa kepada Anub dan Hazobeba, dan nenek moyang kepada puak-puak keturunan Aharhel anak Harum.
9. Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabes oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia.
34-38. Berikut ini adalah pemimpin-pemimpin puak dalam suku Simeon:Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yoel,Yehu anak Yosibya,(Yosibya ialah anak Seraya, cucu Asiel)Elyoenai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya,Ziza anak Sifei(Sifei anak Alon, Alon keturunan Yedaya, Simri, dan Semaya).Oleh sebab keluarga mereka terus bertambah,
39. mereka terpencar ke barat sehingga hampir sampai ke kota Gedor. Domba mereka merumput di bahagian timur lembah, tempat letaknya kota Gedor.
40. Di situ mereka menjumpai padang rumput yang subur dan luas, serta tenang dan aman. Dahulu daerah itu didiami oleh orang Ham.
41. Pada zaman Raja Hizkia dari Yehuda, keturunan Simeon menyerang Gedor. Mereka memusnahkan khemah-khemah dan pondok-pondok orang yang tinggal di situ. Mereka mengusir penduduk tempat itu, lalu mereka menetap di sana kerana padang rumput di situ luas untuk domba mereka.