1 Tawarikh 4:17-18-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Syobal bapa Reaya, Reaya bapa Yahat. Yahat mempunyai dua orang anak lelaki, Ahumai dan Lahad. Mereka nenek moyang penduduk kota Zora.

3-4. Hur ialah anak lelaki sulung Kaleb dengan isterinya, Efrat. Keturunan Hur ialah pembina kota Betlehem. Etam, Penuel, dan Ezer ialah anak-anak lelaki Hur. Etam mempunyai tiga orang anak lelaki: Yizreel, Isma, dan Idbas, dan juga seorang anak perempuan bernama Hazelelponi. Penuel mendirikan kota Gedor, dan Ezer mendirikan kota Husa.

5. Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara.

6. Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari.

7. Asyhur dan Hela mempunyai tiga orang anak lelaki: Zeret, Yezohar, dan Etnan.

8. Kos ialah bapa kepada Anub dan Hazobeba, dan nenek moyang kepada puak-puak keturunan Aharhel anak Harum.

9. Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabes oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia.

17-18. Ezra mempunyai empat orang anak lelaki: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered berkahwin dengan Bica, puteri raja Mesir. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Miryam, dan dua orang anak lelaki bernama Samai dan Yisba. Yisba ialah pembina kota Estemoa. Mered juga berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Yehuda; mereka mempunyai tiga orang anak lelaki: Yered, pembina kota Gedor; Heber, pembina kota Sokho; dan Yekutiel, pembina kota Zanoah.

19. Hodia berkahwin dengan saudara perempuan Naham. Keturunan mereka adalah nenek moyang puak Garmi dan Maakha. Puak Garmi tinggal di kota Kehila, dan puak Maakha tinggal di kota Estemoa.

20. Simon mempunyai empat orang anak lelaki: Amnon, Rina, Benhanan, dan Tilon.Yisei mempunyai dua orang anak lelaki: Zohet dan Ben-Zohet.

21. Sela ialah salah seorang anak lelaki Yehuda. Keturunannya termasuk Er, pembina kota Lekha; Lada, pembina kota Maresa; puak penenun kain linen, yang tinggal di kota Bet-Asybea;

22. Yokim, dan penduduk kota Kozeba; Yoas dan Saraf, dua orang lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Moab, lalu menetap di Betlehem. (Senarai itu dikutip daripada catatan yang sangat tua.)

23. Mereka ialah pembuat periuk dan berkhidmat kepada raja; mereka tinggal di kota Netaim dan Gedera.

24. Simeon mempunyai lima orang anak lelaki: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul.

25. Anak lelaki Saul ialah Salum, cucunya ialah Mibsam, dan cicitnya ialah Misma.

26. Daripada Misma, jurai keturunan dilanjutkan oleh Hamuel, lalu Zakur, kemudian Simei.

27. Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi sanak saudara Simei tidak mempunyai banyak anak. Suku Simeon tidak menjadi banyak seperti suku Yehuda.

28. Sampai pada masa Raja Daud, keturunan Simeon tinggal di kota-kota berikut: Bersyeba, Molada, Hazar-Sual,

29. Bilha, Ezem, Tolad,

30. Betuel, Horma, Ziklag,

31. Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim.

32. Mereka juga tinggal di lima tempat yang lain: Etam, Ain, Rimon, Tokhen, Asan,

33. dan di pekan-pekan di sekitar, sampai sejauh kota Baal di bahagian barat daya. Itulah catatan yang disimpan oleh keturunan Simeon tentang salasilah dan tempat tinggal mereka.

1 Tawarikh 4