1 Tawarikh 26:4-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Selanjutnya Obed-Edom dipilih. Dia diberkati oleh Allah dengan lapan orang anak lelaki. Mereka didaftarkan menurut umur: Semaya, Yozabad, Yoah, Sakhar, Netaneel,

5. Amiel, Isakhar, dan Peuletai.

6-7. Anak sulung Obed-Edom, iaitu Semaya, mempunyai enam orang anak lelaki: Otni, Refael, Obed, Elzabad, Elihu, dan Semakhya; semuanya orang penting dalam puak mereka kerana mereka sangat berkebolehan, terutama Elihu dan Semakhya.

8. Untuk pekerjaan sebagai pengawal, puak Obed-Edom memberikan 62 orang lelaki yang cukup layak untuk pekerjaan itu.

9. Puak Meselemya memberikan 18 orang berkebolehan.

1 Tawarikh 26