19. Nama semua orang itu dicatat menurut giliran mereka untuk masuk ke Rumah TUHAN dan melaksanakan tugas ibadat yang telah ditetapkan oleh Harun, nenek moyang mereka, menurut perintah TUHAN, Allah Israel.
20. Selain itu, dalam keturunan Lewi termasuk juga ketua-ketua keluarga yang berikut: Yehdeya, keturunan Amram daripada jurai keturunan Subael;
21. Yisia, keturunan Rehabya;
22. Yahat, keturunan Yizhar daripada jurai keturunan Selomot;
23. Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam anak-anak Hebron menurut urutan umur mereka;
24. Samir, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Mikha;
25. Zakharia, keturunan Uziel daripada jurai keturunan Yisia saudara Mikha;
26. Mahli, Musi, dan Yaazia, keturunan Merari.
27. Yaazia mempunyai tiga orang anak lelaki: Syoham, Zakur, dan Hibri.
28-29. Mahli mempunyai dua orang anak lelaki bernama Eleazar dan Kish. Eleazar tidak mempunyai anak lelaki, tetapi Kish mempunyai seorang anak lelaki bernama Yerahmeel.
30. Musi mempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yerimot.Itulah keluarga-keluarga dalam suku Lewi.
31. Untuk menentukan giliran tugas mereka, setiap ketua keluarga bersama-sama seorang adiknya yang lelaki membuang undi seperti yang dilakukan oleh sanak saudara mereka, iaitu para imam keturunan Harun. Pembuangan undi itu disaksikan oleh Raja Daud bersama-sama Zadok, Ahimelekh, serta ketua-ketua keluarga daripada golongan imam dan golongan orang Lewi.