1 Tawarikh 2:3-4-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Peres mempunyai dua orang anak lelaki, Hezron dan Hamul.

6. Zerah, saudara Peres, mempunyai lima orang anak lelaki: Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara.

7. Akhan anak Karmi, salah seorang keturunan Zerah, mendatangkan malapetaka kepada umat Israel kerana dia menyimpan barang jarahan yang dikhaskan untuk Allah.

8. Etan mempunyai seorang anak lelaki bernama Azarya.

9. Hezron mempunyai tiga orang anak lelaki: Yerahmeel, Ram, dan Kaleb.

1 Tawarikh 2