3-4. Yehuda mempunyai lima orang anak lelaki. Isterinya yang bernama Batsyua, seorang perempuan Kanaan, melahirkan Er, Onan, dan Sela; Tamar, anak menantu Yehuda sendiri, melahirkan Peres dan Zerah. Er, anak sulung Yehuda itu sangat jahat, sehingga TUHAN membunuh dia.
20. Anak lelaki Hur bernama Uri, dan cucunya bernama Bezaleel.
21. Ketika Hezron berumur enam puluh tahun, dia berkahwin dengan saudara perempuan Gilead, iaitu anak Makhir. Mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Segub,
22. dan Segub mendapat seorang anak lelaki bernama Yair. Yair mempunyai dua puluh tiga buah pekan di wilayah Gilead.
23. Tetapi kerajaan Gesur dan Aram mengalahkan enam puluh buah pekan di wilayah itu termasuk pekan-pekan Yair, dan Kenat, serta pekan-pekan kecil di sekitarnya. Semua orang yang tinggal di situ keturunan Makhir, iaitu bapa Gilead.
24. Selepas Hezron meninggal, Kaleb anaknya berkahwin dengan Efrat, balu bapanya. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyhur; dialah yang mendirikan kota Tekoa.
25. Yerahmeel, anak sulung Hezron, mempunyai lima orang anak lelaki: Ram yang sulung, lalu Buna, Oren, Ozem, dan Ahia.
26-27. Ram mempunyai tiga orang anak lelaki: Maas, Yamin, dan Eker. Yerahmeel mempunyai seorang isteri lain bernama Atara. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Onam.
28. Onam mempunyai dua orang anak lelaki, Samai dan Yada. Samai mempunyai dua orang anak lelaki, Nadab dan Abisur.
29. Abisur berkahwin dengan seorang perempuan bernama Abihail, lalu mereka mendapat dua orang anak lelaki, Ahban dan Molid.
30. Nadab, saudara kandung Abisur, mempunyai dua orang anak lelaki, bernama Seled dan Apaim, tetapi Seled meninggal tanpa mempunyai anak lelaki.
31. Apaim bapa Yisei, Yisei bapa Sesan, dan Sesan bapa Ahlai.
32. Yada, saudara kandung Samai, mempunyai dua orang anak lelaki, Yeter dan Yonatan, tetapi Yeter meninggal tanpa mempunyai anak lelaki.
33. Yonatan mempunyai dua orang anak lelaki, Pelet dan Zaza. Mereka semua keturunan Yerahmeel.
34. Sesan tidak mempunyai anak lelaki, hanya anak perempuan. Dia mempunyai seorang hamba bangsa Mesir bernama Yarha,