11. Salmon, Boas,
12. Obed, Isai.
13. Isai mempunyai tujuh orang anak lelaki. Inilah nama mereka menurut urutan umur: Eliab, Abinadab, Simea,
14. Netaneel, Radai,
15. Ozem, dan Daud.
16. Isai juga mempunyai dua orang anak perempuan, Zeruya dan Abigail.Zeruya mempunyai tiga orang anak lelaki: Abisai, Yoab, dan Asael.
17. Abigail berkahwin dengan Yeter keturunan Ismael. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Amasa.
18. Kaleb anak Hezron berkahwin dengan Azuba, lalu mendapat seorang anak perempuan bernama Yeriot. Yeriot mempunyai tiga orang anak lelaki: Yezer, Sobab, dan Ardon.
19. Selepas Azuba meninggal, Kaleb berkahwin dengan Efrat, lalu mendapat seorang anak lelaki bernama Hur.
20. Anak lelaki Hur bernama Uri, dan cucunya bernama Bezaleel.
21. Ketika Hezron berumur enam puluh tahun, dia berkahwin dengan saudara perempuan Gilead, iaitu anak Makhir. Mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Segub,
22. dan Segub mendapat seorang anak lelaki bernama Yair. Yair mempunyai dua puluh tiga buah pekan di wilayah Gilead.