1 Tawarikh 2:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Yakub mempunyai dua belas orang anak lelaki: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulon,

2. Dan, Yusuf, Benyamin, Naftali, Gad, dan Asyer.

3-4. Yehuda mempunyai lima orang anak lelaki. Isterinya yang bernama Batsyua, seorang perempuan Kanaan, melahirkan Er, Onan, dan Sela; Tamar, anak menantu Yehuda sendiri, melahirkan Peres dan Zerah. Er, anak sulung Yehuda itu sangat jahat, sehingga TUHAN membunuh dia.

5. Peres mempunyai dua orang anak lelaki, Hezron dan Hamul.

6. Zerah, saudara Peres, mempunyai lima orang anak lelaki: Zimri, Etan, Heman, Kalkol, dan Dara.

7. Akhan anak Karmi, salah seorang keturunan Zerah, mendatangkan malapetaka kepada umat Israel kerana dia menyimpan barang jarahan yang dikhaskan untuk Allah.

8. Etan mempunyai seorang anak lelaki bernama Azarya.

26-27. Ram mempunyai tiga orang anak lelaki: Maas, Yamin, dan Eker. Yerahmeel mempunyai seorang isteri lain bernama Atara. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Onam.

1 Tawarikh 2